Thursday, November 8, 2007

Guna Lapangan Terbang Separuh Siap












Ini gambor-gambor pada 28 Oktober, 2007Kerana nak tunjuk GONG, separuh siap pun separuh siap lah. Tak kira samada selamat atau tidak. Walhal, sesuatu pembinaan itu mesti mendapat sijil selamat baru boleh di gunakan ! Acu tengok kenyataan Wan Hisham kat bawah tu !

Inilah Laporan dari UKOM, pada 1 Oktober.

Lapangan Terbang Baru Mula Operasi Minggu Depan

Oleh: Esah Abdullah
Sebagaimana yang dijanjikan, mulai 7 Oktober ini Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) yang baru akan memulakan operasinya, bagaimanapun pada peringkat permulaan terhad pada bahagian ketibaan sahaja.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh memberitahu pemberita sebaik selesai membuat tinjauan kerja-kerja di tapak projek di LTSM, Kuala Terengganu, hari ini (1 Oktober).
Katanya, bahagian pelepasan pula dijangka dapat digunakan dua bulan lagi dan untuk sementara LTSM masih menggunakan bangunan lama untuk urusan pelepasan penumpang sementara kerja-kerja pemindahan dari bangunan lama ke bangunan baru selesai.
“Pada keseluruhan pembinaan projek LTSM ini sudah siap 70 peratus dan pekerja sedang bekerja keras untuk menyiapkan projek ini lebih awal walaupun tempoh akhir siap pada April tahun depan,” katanya.
Beliau berkata, sebenarnya kalau mengikut jadual siap projek ini pada April tahun depan, bagaimanapun bagi menunaikan hasrat Kerajaan Negeri yang mahu LTSM baru beroperasi sebelum menjelang hari raya, ia berjaya disiapkan hasil kerja kuat semua pihak.
Menurut Dato’ Wan Hisham, apabila semuanya siap tapak bangunan lama akan dijadikan sebahagian daripada tempat meletak kapal terbang.
Kontraktor yang terlibat menyiapkan LTSM ini terdiri daripada tiga syarikat tempatan dan kerajaan rasa bangga diatas keupayaan kontraktor ini menyiapkan projek besar seperti LTSM.
Unit Komunikasi Negeri

2 comments:

soufee said...

diorang gembira tapi kami penduduk desa pusu 3 menangis bila kana banjir besar baru2 ni. Saper nak bayar ganti rugi kat kami ni???

Nak Jadi Macam Thailand said...

Hmm...design pun songoh je. Lihat airport lain dalam dunia ni mana ada yang bentuk macam ni. Rumah tradisi cantik tapi itu untuk rumah bukan untuk airport. Rumah tradisi bukan untuk orang awam. Tengok Muzium negeri, bazaar rakyat kat Pasar payang, fail designnya. Akitek akitek ni kuno betul leh. Orang dah ke langit ke mana kita masih ke belakang. Sampai bila airport ni bertahan tengoklah. Aku dengan kontraktor Wan Hisham, dan Wan Hisham tu adik beradik Wan Farid. Sama je kepalanya. Orang politik tak boleh berniaga. Itu je... kalau tidak ni lah jadinya